Wednesday, February 11, 2015

#88 Pulau Perhentian (Kecil) ; Tips bercuti ke Perhentian Island. Bajet vacation.

**This entry is strictly for those yang nak travel secara budget dan kurangkan pengeluaran duit secara maksimum namun masih enjoy the fun stuff**

Hi readers.

So hari ni I nak share pasal Pulau Perhentian lagi. Selalunya, mereka yang baru first time nak pergi perhentian rasa lebih secure kalau amik pakej. Amik pakej memang la secure sebab accomodation, makan, snorkellng package, boat ticket dah include. Tapi.... yg tak bestnya, harga yang mereka tawarkan. Contoh, free and easy, 250 ++ dan boleh mencecah 400 per person. Bergantung pada chalet yang kita nak duduk. Kalau fullboard, haa lagi la mahal.

Nak amik pakej atau tak?

Jadinya, kat sini I nak explain, bagi I, takpayah la amik pakej. Sebab dorang mark up tinggi gila. Mark up sampai rm 70 - 80 ya ampun. Mahal. Bagi I yang mmg bajet traveller ni, pergi sendiri2 lagi best sbb kita tau duit tu ke mana. Puas hati la.

So, macam mana nak survive without any package?

Accomodation.

Kita start with accomodation. For accomodation kat pulau perhentian kecil, jangan la risau sbb bilik mmg selalunya ada lagi lagi kalau pergi time low and shoulder season. Kalau nak bilik murah2 kat coral beach dgn long beach tu ada je, bersepah je bilik murah. Kalau time peak season, bilik memang ada, tapi nama pun peak season kan, nasib la. Tapi bilik memang selalunya ada. Kalau time low seaso and shoulder season ni selalunya siapa yg nak duduk kat long beach, mereka tak hantar ke sana terus, korang kena turun kat bhgian coral beach dan jalan naik bukit sikit baru sampai long beach. Turun je dari boat tu, dah boleh nampak shari la chalet (mahal), lepas tu jalan sikit boleh nampak maya chalet (murah 50-60 per night), aur chalet dan sepanjang2 tu la boleh cari chalet murah. Smpai hujung sekali senja bay chalet (mahal). Rajinkan kaki dan mulut tanya berapa rate kat situ. Kalau rasa macam dah okay kat situ boleh la terus check in. Tapi bagi yang jenis tak puas hati macam I sbb I tahu kat area long beach pun lebih kurang je harga plus scenery cantik so I decided nak daki bukit yang tak berapa nak bukit tu. So kalau nak naik bukit tu, korang kena lalu kat ombak resort pastu lalu jalan kecil and baru nampak jalan ke long beach. Jalan tu dah paved. Takde nya jalan macam dalam hutan ke apa. So naik sikit tu nampak sebelah kiri korang ada chalet. Tu nama dia chalet tropicana inn. Masa tu dorang tgh siapkan banyak lagi bilik almost  95% dah siap. Kami duduk chalet tu sbb tengah2 antara long beach and coral beach so senang la nak kemana-mana. Rate per night hanya rm50. Masa kami pergi tu shoulder season. Bagi yang nak duduk ke long beach, korang terus je jalan sampai ke long beach. Sebelah kanan akan nampak mohsin chalet (mahal) and rock garden chalet (so-so) and sebelah kiri korang tu haa berderet lagi banyak chalet. So teruskan perjalanan. Ada matahari chalet, panorama chalet, sampai la ke hujung sana tu. Kat sini kalau ikut nasib boleh la dapat murah serendah rm45 per night.


Snorkelling

Pakej snorkelling ni korang boleh start cari dari first time kau jejakkan kaki kat pulau. Sepanjang2 tu ada je pakej snorkelling. Tapi jangan amik yang mahal. Yang I dapat tu rm 35 ringgit per person. So mmg murah. Kalau ada yang offer rm 40 takpayah la amik. Cari pakej rm 35 tu je sbb tempat sama je mesti 5 + 1.

Makan

Semua sedia maklum kan makanan kat perhentian mahal gila. 2 kali ganda. So bagi yang jenis yang suka makan tapi taknak bayar lebih pastu yang malam2 suka lapar tu, bawak maggi and jajan banyak2. Kalau duduk bilik yang takde heater tu, takpe, minta je kat reception nanti dorang panaskan ari so korang tinggal tuang je dalam maggi cup tu. Kalau dinner, amik la pakej bbq sorang rm 20 tu. Kalau lunch pulak makan je la ikut menu. Makanan kat sana not bad la. One more, korang kena try makan maggi ketam. Ketam sekor dia letak dalam maggi tu. Mahal tapi berbaloi. I tak berkira bab makan sebab i suka makan and sanggup la jugak bayar mahal utk makanan so benda tu tak jadi isu bagi I. Kalau nak makan banyak2 bawak duit spare banyak sikit.

Keperluan lain

Bagi mereka yang smoke, tolong beli rokok dua tiga kotak siap siap sebab kat pulau mahal gila. So utk save lagi, beli rokok siap siap. Even kat jeti pun rokok dah mahal. So ingat ni. Bagi girls yang nak beli sunblock ke apa semua tu, beli siap siap kat rumah sebab macam rokok tadi, barang dah start mahal berganda kat jeti. Kat pulau apatah lagi. Air mineral pun sama. Beli botol besar, sorang satu. Takpayah la berangan nak beli baju seluar pelampung kebenda semua tu sbb mahal. Kalau nak beli, beli siap siap kat rumah. Senang cerita, listkan apa semua yang korang rasa kena beli and jangan ada satu pun tertinggal. Kena teliti la. So nanti korang sampai kat sana je, semua ada and tinggal nak spent duit kat makan, chalet and snorkelling.

Okay. Tu je.
Now, I nak compare contoh harga pakej dgn kalau korang bergerak tanpa pakej.

Without food
Untuk yang pergi sendiri,
Chalet rm 50 per night kalau dua malam rm100, pastu bahagi dua = RM 50
Boat ticket = RM 70 per person
Snorkelling = RM 35 per person
Total semua = rm 155

Kalau package RM 270*
Tolak la RM 270 - RM 155 = RM 115
ataupun
kalau package tu harga 190*
Tolak la. RM 190 - 155 = RM 35.

Kalau pakej yg dah masuk sekali makan tu, korang kira la balik k campur darab tolak bahagi semua. I malas nak kirakan sebab I taktahu exactly how much your packages k.

So bagi I, kalau korang nak pergi low season or shoulder season, takpayah la pakai package. Sama ada korang sanggup tak, nak jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat cari chalet murah atau tak. Tu je.

Kalau nak pergi peak season, haa i recommend sangat sangat you guys amik pakej. Sbb bilik takut takde due to demand yg tinggi. 
            
Feel free to ask anything !

SELAMAT BERCUTI !

*tiada kena mengena dengan harga pakej yg sedang di promosikan sekarang.